Saturday, April 2, 2011

SCHOOL BASED PROJECT - PERIMETER

PENGENALAN KEPADA MASALAH
1.1 Pengenalan
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku semasa proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Perubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran melalui suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif. Apa yang penting dalam proses pembelajaran ialah hasil yang diperolehi selepas sesuatu proses itu dijalankan.
Menurut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Manakala mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Seterusnya pembelajaran itu merupakan satu proses yang berterusan dimana ia boleh berlaku secara formal atau tak formal. Pembelajaran atau pendidikan secara formal biasanya akan berlaku di sekolah manakal pembelajaran tidak formal ialah pembelajaran melalui rakan sebaya, keluarga, media massa atau persekitaran. Pembelajaran juga mempunyai teori yang tersendiri.


1.2 Latar belakang projek

Projek ini dijalankan bagi memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas keluar dari kepompong dunia pembelajaran yang membosankan dan tidak mencabar. Projek yang dijalankan adalah berteraskan kepada hasil pembelajaran dalam tajuk “Two Dimensional Shapes- find the perimeter of two composite shapes” bagi  matapelajaran matematik tahun 6.

1.3 Tujuan dan objektif kajian

Projek berkaitan perimeter ini dijalankan bagi memberikan satu tugasan yang agak mencabar kepada kanak-

kanak pintar cerdas. Tugasan ini diberikan kepada murid-murid tahun 6 seramai 12 orang. Tugasan ini diberikan secara menyeluruh kepada murid-murid tahun 6 dari kelas yang pertama. Tujuan projek ini diberikan adalah bagi mengenalpasti kumpulan kanak-kanak pintar cerdas yang mampu menunjukkan potensi mereka lebih daripada rakan-rakan yang lain.
TINJAUAN LITERATUR

2.1   Pengenalan

Projek yang dijalankan ini merupakan satu usaha yang dilakukan bagi meneroka potensi pelajar pintar cerdas dalam matematik. Dalam bahagian ini diberikan beberapa informasi yang berkaitan.

2.2 Pembelajaran Pelajar Pintar Cerdas

Tahap kecerdasan pelajar merupakan satu ciri utama yang perlu diambil kira oleh seorang guru dalam memilih kaedah dan strategi pengajaran di dalam bilik darjah. Suasana pembelajaran yang membosankan dan tidak menarik minat pelajar secara tidak langsung akan membunuh minat pelajar untuk terus belajar dan akan mengakibatkan pelbagai masalah berlaku. Di dalam sebuah kelas mungkin terdiri daripada pelajar yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan, mungkin ada diantara mereka yang pintar cerdas dan ada juga sebilangan mereka yang lemah. Oleh itu, guru perlulah mengambil kira faktor ini sebagai prasyarat dalam memilih kaedah yang bersesuaian bagi kumpulan pelajar yang berbeza ini.

Dalam situasai sebegini, kadangkalanya pelajar yang cerdas akan merasa mereka tidak diberi perhatian yang sewajarnya kerana guru mengajar pelajaran yang senang bagi mereka. Manakala pelajar lemah pula akan merasa tertekan kerana sukar memahami apa yang diajar. Akibatnya, kedua-dua golongan ini akan merasa bosan. Guru perlu peka dalam menangani masalah pelajar seperti ini sama ada berusaha memberi pengayaan kepada pelajar pintar cerdas atau pemulihan kepada pelajar lemah.

Kanak-kanak pintar cerdas memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk
pengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar biasa. Guru perlu
mengetahui apakah keupayaan pelajar pintar cerdas dan mengenalpasti bentuk kecerdasannya berdasarkan kepintarannya. Tugasan seperti salin-menyalin, menghafal fakta dan latih tubi tidak akan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatih  kemahiran motor halus mereka sahaja. Mereka memerlukan cabaran dari segi kualiti bukannya kuantiti. Oleh yang demikian, dengan tidak membelakangkan kurikulum sedia ada pelajar pintar cerdas perlu diberikan pendedahan dan pengayaan yang mampu mencabar potensi mereka. Dengan aktiviti yang mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh kumpulan pelajar ini sekurang-kurangnya mereka tidak akan merasa bosan dengan suasana pembelajaran dalam kelas harian. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.

Tujuan bagi kaedah sebegini dijalankan adalah untuk membolehkan kanak-kanak pintar cerdas menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Aktiviti ini juga dapat menambahkan minat mereka untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti.

2.3  Kemahiran menaakul (Reasoning skill)

Apakah itu menaakul (reasoning)? Sebenarnya pelbagai istilah boleh digunakan bagi menerangkan apakah itu menaakul (reasoning). Antara istilah yang biasa digunakan ialah pemikiran kritikal (critical thinking), pemikiran aras tinggi (higher-order thinking), penaakulan secara logic (logical reasoning) atau penaakulan mudah (simply reasoning). Istilah-istilah tersebut digunakan secara berbeza berdasarkan kepada bidang yang dibincangkan. Namun demikian, daripada pelbagai jenis bidang tersebut ianya mempunyai perkaitan dan kesamaan. Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak.

Kemahiran berfikir dalam  aras yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke 21. Bagi menyediakan rakyat ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran pelajar-pelajar di sekolah harus segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak guru-guru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Guru-guru perlu lebih kreatif dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu membuat penaakulan secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

Pemikiran secara kritikal sperti menjalankan kajia, membuat hubungkait dan menilai segala aspek permasaalahan dari pelbagai situasi adalah amat perlu bagi melahirkan pelajar yang berfikiran aras tinggi. Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut terutamanya dalam matematik. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan mampu menjana idea matematik sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan berfikir secara logic dan bertindak dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan situasi pembelajaran berkenaan berlaku, adalah penting penekanan diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apajua aktiviti matematik yang dijalankan.

2.4 Konsep ruang dan perimeter

Dalam huraian sukatan pelajaran matematim tahun 6, “reasoning skill” merupakan salah satu criteria yang harus diberi penekanan. Kemahiran memberikan alasan secara logik (logical reasoning) dan berfikir secara matematik (mathematical thinking) merupakan criteria asas yang perlu diberikan penekanan kepada murid kerana kedua-duanya merupakan asas kepada memahami dan menyelesaiakan sesuatu masalah (problem solving). Perkembangan berkaitan “mathematical reasoning” adalah berkait rapat dengan perkembangan intelektual dan komunikasi seseorang murid dalam matematik. Oleh yang demikian, adalah disarankan bahawa murid perlu dibekalkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang dan mengembangkan kebolehan murid dalam berfikir secara matematik dan mampu membuat “mathematical reasoning” yang logic berdasarkan isi kandungan yang telah mereka pelajari.

Dalam tugasan ini, kumpulan kami cuba menerapkan kemahiran murid tahun 6 dalam membuat “logical reasoning” yang berkaitan dengan perimeter bentuk dua dimensi. Apakah yang dikatakan perimeter?

Istilah perimeter adalah berasal dari Greek iaitu peri bermaksud keliling (around) dan meter adalah ukur (measure). Istilah perimeter itu sendiri bermaksud laluan di sekeliling sesuatu luas (area). Istilah ini juga boleh digunakan samada bagi menunjukkan laluan atau panjangnya sesuatu luas itu dan ianya boleh disimpulkan sebagai jumlah panjang luaran sesuatu bentuk. Perimeter bagi luas sebuah bulatan dipanggil sebagai ukurlilit (circumference). Secara umumnya perimeter boleh didefinisikan sebagai jarak di sekeliling satu bentuk yang tertutup.

2.5 Objektif dan tujuan projek

Projek berkaitan perimeter ini dijalankan bagi memberikan satu tugasan yang agak mencabar kepada kanak-kanak pintar cerdas. Tugasan ini diberikan kepada murid-murid tahun 6 seramai 12 orang. Tugasan ini diberikan secara menyeluruh kepada murid-murid tahun 6 dari kelas yang pertama. Tujuan projek ini diberikan adalah bagi mengenalpasti kumpulan kanak-kanak pintar cerdas yang mampu menunjukkan potensi mereka lebih daripada rakan-rakan yang lain.


METODOLOGI

3.1  Rekabentuk Projek

Seramai 12 orang murid  tahun 6 telah dipilih sebagai sampel bagi tugasan ini. Tajuk yang diberikan kepada pelajar merupakan tajuk perimeter yang terkandung dalam sukatan pelajaran matematik tahun 6. Namun demikian, hasil pembelajaran daripada sukatan pelajaran diubah supaya menjadi lebih mencabar bagi menguji kemahiran pelajar pintar cerdas.

Kemahiran yang ditekankan dalam projek ini ialah “inductive reasoning”. “Inductive reasoning” merupakan kaedah penaakulan yang dibuat bagi membentuk konsep umum daripada pengetahuan atau konsep-konsep khusus. Bagi menghasilkan konsep tersebut perlu melalui 4 langkah seperti berikut:
a)      Pemantauan iaitu prose memungut data
b)      Analisa iaitu dengan mengklasifikasi fakta dan mengenal pasti corak
c)      Membuat inferens iaitu gunakan corak yang telah dikenalpasti bagi membuat generalisasi antara fakta yang telah dikelaskan
d)     Pengesahan iaitu menguji inferens dengan menjalankan pengujian lanjut.
Murid diberi 3 tugasan

a)      Tugasan 1

Dalam tugasan satu murid dibahagikan kepada kumpulan berempat. Setiap murid diberikan tugasan yang sama dan perlu menghasilkan jawapan masing-masing. Dalam tugasan ini murid diberikan jumlah perimeter dan luas dan mereka perlu membina gabungan bentuk bagi mewakilkan  jumlah perimeter dan luas yang diberi. Gabungan bentuk yang dihasilkan adalah bebas. Seterusnya mereka perlu membandingkan hasil tugasan setiap murid bagi membuat hubungkait antara perimeter dan luas. Mereka juga perlu membuat kesimpulan dengan menyatakan sebab kepada hubungkait yang telah mereka perolehi.

b)      Tugasan 2

Seterusnya dalam tugasan kedua, murid masih dibekalkan dengan jumlah perimeter dan mereka perlu membina seberapa banyak bentuk segiempat yang mempunyai luas berlainan tetapi masih mengekalkan jumlah perimeter yang diberi. Dalam tugasan ini, murid juga dikehendaki membuat hubungan antara jumlah sisi, perimeter dan juga luas sesuatu bentuk.

c)      Tugasan 3

Dalam tugasan yang seterusnya, murid masih diberikan jumlah perimeter dan mereka perlu membina bentuk-bentuk yang berbeza dengan syarat tidak mengubah jumlah panjang dan lebar. Dalam tugasan ini, selain daripada mengekalkan jumlah panjang dan lebar bentuk yang dibina, murid perlu menghasilkan bentuk yang dapat mewakilkan jumlah perimeter yang lebih besar.

Bagi membuat kesimpulan kepada semua tugasan yang diberi, setiap murid diminta untuk membuat kesimpulan secara keseluruhan dan memberikan sebab kepada jawapan yang diberikan secara bertulis dan lisan. Kaedah ini digunakan bagi member keadilan kepada setiap murid untuk menunjukkan potensi diri yang berbeza. Setengah murid mampu meluahkan apa yang mereka fikirkan melalui penulisan dan setengahnya lebih berkebolehan dalam menerangkan secara lisan. Hasil tugasan murid dikutip dalam bentuk laporan bertulis dan rakaman bagi maklumbalas secara lisan.

3.1       Hasil Tugasan Pelajar
Soalan Tugasan 1
Guru memberikan jumlah perimeter 36 cm dan minta murid melakarkan gabungan bentuk 2-D yang terdiri daripada segiempat dan setiga.


 Soalan Tugasan 3
Guru memberikan soalan jumlah perimeter 20 cm, bagaimana kita dapat tingkatkan jumlah perimeter tanpa ubahkan panjang dan lebar, seterusnya pelajar mencari perimeter, pelajar juga perlu membina bentuk-bentuk yang berbeza




No comments:

Post a Comment