Saturday, January 1, 2011

Bimbingan untuk Kanak-kanak Pintar Cerdas atau Seperior.

Adi Putra bin Abd Ghani, nama yang sinonim dengan kecerdikan dan kebijaksanaan apabila anak kecil ini berjaya menyelesaikan permasalahan matematik dan mencongak nombor yang bernilai tinggi serta mencipta kira-kira 200 formula matematik. Keupayaan permata milik

(Child Prodigy) Kanak-Kanak Paling Pintar di Dunia Belajar di Malaysia

Jikalau Malaysia terkenal kerana berjaya memiliki kanak-kanak pintar atau child prodigy seperti Adi Putra Abdul Ghani (11 tahun) yang berkemahiran bidang matematik, bagi kanak-kanak paling pintar di dunia bernama Ainan Celeste Cawley ini pula berkemahiran dalam bidang Kimia.  Gelaran kanak-kanak paling pintar di dunia telah diberikan kepada Ainan ketika kejayaannya dimuatkan dalam siri dokumentari di United Kingdom iaitu “The World’s Cleverest Child and Me“, dalam Channel 4 sebelum ini. 
Apa yang menarik keistimewaan tentang kanak-kanak paling pintar di dunia ini?
1) Nama penuhnya : Ainan Celeste Cawley. Berumur 10 tahun ketika artikel ini ditulis dan merupakan anak sulong kepada pasangan Valentine Cawley dan Syahidah Osman Cawley
2) Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan
3) Pada umur enam tahun, Ainan mula menunjukkan minat membaca buku kimia
Bagimana tanda-tanda awal ibu bapa Ainan Celeste Cawley mengesan potensi yang ada pada anak mereka? (kata mereka)
1)  Apabila ibunya bercakap, dia memalingkan kepala kepada ibunya dan terus berhenti menangis
2) Ketika ibunya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh dan kelihatan gerhana matahari tersebut bersama-samanya
Kejayaan dan pencapaian peribadi Ainan Celeste Cawley setakat ini 2010 ini?
1) Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun dan lulus ujian tersebut dan merupakan manusia termuda di dunia mencapai pencapaian dan rekod itu
2) Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records
3) Pelajar politeknik termuda di dunia
4) Kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti
5) Universiti di Malaysia iaitu Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara menjadi pilihan ibu bapa Ainan untuk menyambung pengajiannya dalam Ijazah Program Amerika
6) Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.
7) Ainan akan juga mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan sendiri.